Monday, January 23, 2012

Bas Terpanjang Di Dunia


Korang suka naik bas? Di Malaysia kita mungkin sudah ada bas dua tingkat, namun di Indonesia dan China, bas mereka menjadi semakin panjang dan bukannya meninggi. Pelik kan? Yup, bas mereka amat panjang macam seolah-olah menjadi LRT. Terkini, China telah mengumumkan bas terpanjang mereka iaitu bas Youngman JNP6250G.

Bas Youngman JNP6250G ini, berukuran 82 kaki panjang dan 13 meter panjang daripada bas yang biasa. Ia boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu masa. Pada permulaan ia akan dilancar kan di kedua-dua bandar yang paling padat di China ini dahulu sebagai percubaan. Kelajuan maksimum bas ini hanyalah sekitar 50km sejam sahaja dan perlu diberikan laluan khas untuknya bagi memudahkan perjalanan pengguna. Buat pengetahuan semua, bas di Indonesia juga amat panjang, tapi jika dibandingkan dengan China, bas di Indonesia menggunakan dua dek manakala bas terpanjang di China menggunakan 3 dek utama. Panjang sungguh. Terfikir juga bagaimana pemandu bas ni nak memasuki selekoh? Seram jugak la kan?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...