Hari TERsedih!!!
17 hours ago
Yup.. sekarang ni Amal sedang sibuk bersama-sama ahli Demascus yang lain untuk menyiapkan lagu terbaru kitorang. Sebelum ni kumpulan Demascus baru je ade 4 buah lagu yang sudah dirakamkan iaitu Bacalah, Tidur Bangun Dengan Namamu, Nur Ramadhan, dan juga Semalam. Agak menarik juga kali ni sebab ini merupakan kali pertama kitorang akan merakamkan lagu di dalam studio Mirwana. Hehe.. Anyway untuk pengetahuan anda semua lagu yang baru ni di-produce oleh Akmal Mirwana sendiri dan liriknya pula oleh Edry Demascus. Lagu baru ni lebih fresh dan easy listening.. Amal boleh cakap masa mula2 Amal dengar muzik dia, dah terasa macam berada di kayangan haha.. Ape2 hal pun nantikan la ye..
Seperkara lagi Amal juga nak promotekan kat korang Album Mirwana terbaru yang bakal keluar di pasaran pada 18 Disember ni. Jangan lupe untuk dapatkan satu copy album ni. Nak beli lebih pun lagi best.. Bukan sebab apa, Amal sendiri dah dengar lagu2 dalam album ni dan Amal rasa memang best la.. Nanti kalau dah kuar dijamin akan beli satu haha.. (Amal x dibayar untuk promote kumpulan Mirwana tau hihi)
Di zaman teknologi yang serba canggih masa kini, hampir semua benda mahu diringkaskan supaya dapat memudahkan manusia dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, Amal mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk Digital Al-Quran keluaran Khaleefa Technology Sdn Bhd kepada korang semua.
Digital Al-Quran keluaran Khaleefa ini mengandungi:
- Al-Quran 30 Juzuk
- Bimbingan 74 Doa Haji dan Umrah
- Bimbingan Solat dan Taharah
- Bimbingan Puasa
- Bimbingan Zakat
- Bimbingan 14 Doa Selepas Solat
- Bimbingan 81 Doa Harian
- Asma-Ul-Husna: 99 Nama Allah
- 3 Kitab Tafsir
- 11 Kitab Hadis
- 19 Kisah Para Nabi
- 35 Kisah Tokoh Islam
- 102 Kisah Teladan Islam
- 4 Doa Khatam Al-Quran
- Waktu Solat & Azan Automatik 2,800 Bandar
- Arah Kiblat 2,800 Bandar
- Kalendar Masehi dan Hijrah
Buat masa ini terdapat dua jenis versi iaitu yang baru dan yang lama.HARGA VERSI LAMA:
Di Pasaran = RM288
Harga Tawaran = RM265
-------------------------------------------------------------------------------
HARGA VERSI BARU
Di Pasaran = RM338
Harga Tawaran = RM310
Penghantaran boleh dibuat di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson. Malah saya juga menyediakan kemudahan penghantaran melalui Pos Laju. (Kos penghantaran perlu ditanggung oleh pembeli).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Amal di 0132016710 atau
YM: mohdaqmal@yahoo.com
Mungkin ada tertanya-tanya kat Amal ape Amal buat masa cuti ni kan? Maklumlah cuti lepas abis blaja memang banyak masa... So Amal nak kongsikan sikit ape Amal buat masa free. Sekarang ni Amal tengah cuba menghabiskan game PSP, Tales of Radiant Mythology.
Game ni agak menarik sebab dia RPG nye game style. Amal ni memang peminat game2 mcm ni. Final Fantasy adalah contoh terbaik huhu... Anyway game ni lebih kepada menghabiskan masa lvling sambil membuat quest job yang ada di dalam guild. Yang paling menarik pasal game ni, kita pasti teruja nak upgrade baju character kita jadi fancy2 dan naikkan skill supaya jadi lagi mengancam. Jadi bak kata orang x berusaha memang la x kan dapat ape2.
Perhatian!! Game ni hanya sesuai untuk mereka yang banyak bersabar dan x suka rushing2. Jadi kalo korang jenis yang suka battle game macam street fighter, tak usahlah mencuba game. Pasti korang cepat busan. hehe
Ini baru replika Gundam sebenar.. 1/1 Scale maksudnya mmg size sebenar robot Gundam ni.. Kagum2.. Lepas ni harap2 diorang buat untuk Gundam Wing, Gundam Freedom ngan Gundam 00 Riser pulak haha
Aish.. Bila dah abis blaja ni.. tak de gi mana2 pun. Duk kat umah je jadi anak yang baik ahaha.. Well bukan ape, nak gi jenjalan mesti pakai duit. Skrg ni pulak mana la nak ade duit. Kerja pun tak lagi. Jadi penganggur je la haha.. Best gak tanam anggur ni hehe..
Walaupun Amal duk umah tak semestinya duduk diam aje. Internet kan ade, jadi ape2 bole jadi. Skrg ni Amal tgh busy buat freelance buat website ngan montaj. Bola nak buat duit belanja sikit2. Amal ingat nak simpan duit2 yang Amal cari ni utk preparation kalo Amal dipanggil TM. Ye la awal2 keje mana ada gaji. Jadi terpaksa la menyimpan :)
Kalau korang nak tgk website2 yang Amal dah buat, korang leh usha2 kat link di bawah ni. Jangan komen lebih2 hehe.. Bukannya lawa mana pun. Asalkan orang puas hati ngan keje kita sudah. Client is no. 1 hehe
http://narsresources.com
http://juzmonavie.com
http://bitschannel.com
